Thursday, 6 February 2014

ZIKIR & DOA BANYAKKAN SUSU IBU


Ada rezki ibu yang banyak susu..ada yang terpaksa berusaha untuk dapat banyak susu..

Zikir dan Doa
- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
- Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
- Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah


DOA BANYAKKAN SUSU IBU


 
 Surah Al-Baqarah, ayat 60
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.

Bacalah bila-bila masa yang sesuai disertakan dengan niat (mohon perbanyakkan susu badan); selepas solat fardhu, semasa menyusukan anak, semasa mengepam susu, insyaAllah.
Ibu-ibu yang bekerja dan berada jauh daripada anak dalam tempoh masa yang lama. anda digalakkan untuk mengepam susu secara kerap bagi menggalakkan penghasilan susu.

Pam susu setiap dua jam ataupun menyusu bayi anda setiap dua jam akan menampakkan hasil pengeluaran susu yang lebih banyak.






FB: Najah Shoppe
Text: 013-2854270
Email: najah.bahir@gmail.com
Blog: najahbahir.blogspot.com

No comments:

Post a Comment