Cer tengok akak ni gebu gebas selepas amek collagen shaklee and muka pon tegang
Showing posts with label COLLAGEN POWDER. Show all posts
Showing posts with label COLLAGEN POWDER. Show all posts
Wednesday, 14 December 2016
Thursday, 17 July 2014
Apa itu Kolagen ?
Apa itu Kolagen ?
Kolagen adalah protein utama bagi
tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada
keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel
yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan..
Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih
membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap
rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan
penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta
mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan
sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti
buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen
namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
- Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah,
ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
- Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan)
,mata
- Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler
serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut
seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
- Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran
dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang
) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh
darah.
- Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
FUNGSI KOLAGEN
- menghasilkan asid amino penting seperti :
- lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan
oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal
fungsi sel.
- hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu
penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
- alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan
struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit
lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
- arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan
pola tidur.
- mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara
enzimatik.
- melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan
kerosakan oksidatif .
- menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
- menampung air dalam tubuh.
- meningkatkan penyerapan kalsium.
- menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di
bawah lapisan kulit
- meningkatkan isyarat induksi
- menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan
tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan(inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan
protin pada saraf
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan
dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya
mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan
kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua,
semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai
makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi),
osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab
kulit.
TANDA TANDA PENUAAN
- kulit kusam
- tak bermaya
- tiada seri
- kulit kedut dan mula kendur
- pigmentasi kulit
- cepat letih dan lesu
- sakit badan dan sendi
- mudah lupa
- kurang penglihatan
Fb:NajahShoppe/0193878006/najah.bahir@blogspot.com
Monday, 10 February 2014
COLLAGEN POWDER
Collagen Powder
Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
Kod Produk 11000 (15 paket)
RM 298.00 (Semenanjung)
RM 312.00 (Sabah/Sarawak)
RM 298.00 (Semenanjung)
RM 312.00 (Sabah/Sarawak)
Subscribe to:
Posts (Atom)