Assalamualaikum,
9 dosa besar? Pulak!...Macam mana boleh dapat dosa bila berniaga ni? Bukan ke berniaga tu sunnah nabi? Betul....berniaga itu sunnah nabi, tetapi ada ramai di luar sana yang cuba berniaga tapi selalu gagal di tengah jalan.
Dosa yang dimaksudkan di sini ialah dosa-dosa yang sering dilakukan oleh ramai orang bila nak berniaga. Seringkali saya ingatkan pada rakan-rakan saya, jika nak berniaga, kena ada ilmu, impian, sistem, tindakan dan paling utama MENTOR!.
Mentor ini perlulah mereka yang dah melalui semua ranjau dan dah berjaya. Kita perlukan mereka, sebab mereka boleh tunjukkan short-cut camner nak berjaya tanpa kita melalui kesukaran berniaga.
Jika terkena juga, dia oranglah yang boleh menasihati kita bagaimana untuk mengatasinya. Buat apa kita ikut orang yang tak pernah buat, tak pernah berjaya dan yang paling best, langgar sendiri sebab ingat kita dah cukup pandai?
Tu sebab bila terkena sikit je ujian Allah bagi, perkataan GIVE UP!, terngiang-ngiang dikepala. Seperti orang yang dah berjaya, kami juga ingin ikut jejak langkah mereka. Tulah sebab kenapa kami ada beberapa mentor untuk guide dan bantu, supaya kami boleh sustain dalam industri perniagaan ini.
Di sini kami ingin berkongsi tentang 9 dosa besar dalam perniagaan yang dikongsikan oleh salah seorang mentor kami Dr. Azizan Osman (DAO) recently. Kami sendiri terkejut dengan perkongsian beliau sebab ada beberapa yang disebut memang saya sendiri pernah TERBUAT dan ini yang menyebabkan perniagaan saya turun naik.
9 dosa besar? Pulak!...Macam mana boleh dapat dosa bila berniaga ni? Bukan ke berniaga tu sunnah nabi? Betul....berniaga itu sunnah nabi, tetapi ada ramai di luar sana yang cuba berniaga tapi selalu gagal di tengah jalan.
Dosa yang dimaksudkan di sini ialah dosa-dosa yang sering dilakukan oleh ramai orang bila nak berniaga. Seringkali saya ingatkan pada rakan-rakan saya, jika nak berniaga, kena ada ilmu, impian, sistem, tindakan dan paling utama MENTOR!.
Mentor ini perlulah mereka yang dah melalui semua ranjau dan dah berjaya. Kita perlukan mereka, sebab mereka boleh tunjukkan short-cut camner nak berjaya tanpa kita melalui kesukaran berniaga.
Jika terkena juga, dia oranglah yang boleh menasihati kita bagaimana untuk mengatasinya. Buat apa kita ikut orang yang tak pernah buat, tak pernah berjaya dan yang paling best, langgar sendiri sebab ingat kita dah cukup pandai?
Tu sebab bila terkena sikit je ujian Allah bagi, perkataan GIVE UP!, terngiang-ngiang dikepala.
Di sini kami ingin berkongsi tentang 9 dosa besar dalam perniagaan yang dikongsikan oleh salah seorang mentor kami Dr. Azizan Osman (DAO) recently. Kami sendiri terkejut dengan perkongsian beliau sebab ada beberapa yang disebut memang saya sendiri pernah TERBUAT dan ini yang menyebabkan perniagaan saya turun naik.
Saya kongsikan dengan anda apakah 9 dosa-dosa besar itu:
1. BERNIAGA SEBAB NAK KAYA SEMATA-MATA
Sering kali kita dengar, sebab nak berniaga adalah kerana nak jadi kaya. Bila niat itu menjadi yang utama, trust me, ianya takkan kekal. Nak jadi kaya bukannya tak boleh, tetapi bukan yang utama.

Niat utama untuk berniaga perlulah bermula dengan membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Kita berniaga sebab kita nak menambah nilai hidup orang lain. Kita nak menyelesaikan masalah orang lain.
Selalunya bila kita berpegang pada nawaitu sebagai sebab utama, In shaa Allah, kita akan‘TERPAKSA’ menjadi kaya. Bila kita berpaksikan pada kekayaan semata-mata, seseorang itu tidak akan buat bersungguh sebab ianya berpandukan ketamakan sahaja. Orang macam ini selalunya tidak kira yang mana haram & halal.
2. TIDAK MENGUTAMAKAN PELANGGAN
Saya sudah bekerja di Syarikat Konglomerat lebih dari 10 tahun. Antara nilai-nilai yang diterapkan kepada kami semua ialah ‘Customer is always right!’ dan ‘Customer is king’. Untuk memudahkan pemahaman dalam isu ini saya kongsikan analogi ini.

Seperti berniaga, duit gaji kami bukan dibayar oleh syarikat kami bekerja. Duit gaji kami sebenarnya dibayar oleh pelanggan syarikat kami. Syarikat kami hanya menguruskan gaji kami sahaja. Tanpa pelanggan, kami tidak akan bergaji. Jadi, jika kita tidak menjaga pelanggan kita, dan ramai yang lari, bagaimana kita nak berniaga? Berniaga sorang-sorang jela nampaknya. Syok sendiri kata orang.
3. TIDAK MELAKUKAN SISTEM PEMASARAN SECARA BERTERUSAN
Selalunya, perniaga akan buat pemasaran ikut musim dan ada yang lagi best, ikut suka hati mereka bila nak promosi. Bila kita tidak buat pelan pemasaran secara berterusan, orang akan lupa tentang produk kita. Nak-nak pesaing lain, sibuk promote barang yang sama.

Rasa-rasanya, dengan siapa pelanggan itu pergi nanti? Ada pula yang buat pemasaran secara bermusim kerana produk dia memang ikut musim seperti menjual serunding sebelum dan semasa Hari Raya sahaja. Padahal, serunding masih lagi boleh makan selepas Hari Raya. Biar untung sikit tapi berteusan.
4. TIDAK GUNA KREDIBILITI (POSITIONING)
Kredibiliti adalah penting terutamanya dalam perniagaan Online (Internet). Pelanggan jika nak beli sesuatu, mereka akan meletakkan kepercayaan atas kredibiliti perniaga. Kepercayaan pada perniaga bergantung kepada sejauh mana mereka kenal tentang syarikat, produk, perkhidmatan dan lain-lain yang berkaitan.

Ada perniaga yang mengadakan joint venture (JV) dengan jenama yang sudah ada kredibiliti atau orang yang pelanggan kenal seperti artis atau VIP untuk melariskan produk mereka.
5. TIADA PASSION
Benda ni selalu menjadi masalah sebab bila dah buat setengah jalan, peniaga tersebut mula rasa bosan dan tak mahu push perniagaan mereka ke next level. Nasihat terbaik, buatlah apa yang kita suka.

Jika belum jumpa, buat je benda yang kita buat sekarang sehingga kita suka atau jumpa perniagaan yang kita suka buat. Sebab jika kita masih menunggu, belum tentu kita akan jumpa dan seterusnya terkuburla niat nak berniaga.
6. TIADA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN
Ramai orang yang tak tahu apa jenis perniagaan yang boleh mereka lakukan. Pastu, mereka tak tahu apa yang mereka boleh jual untuk memulakan perniagaan. Padahal, kita boleh je start dengan business orang lain. Maksudnya, jual produk atau perkhidmatan orang lain, distributor atau agen untuk mereka.
Banyak perniagaan di luar sana yang boleh kita marketkan jika tahu siapa target market untuk produk tersebut. Bila dah mula jual produk orang lain, make sure kita kumpul database para pelanggan kita itu. Bila kita mula berniaga produk atau perkhidmatan sendiri, kita dah ada senarai pelanggan untuk kita approach. Senang bukan?

7. TIDAK TAHU POTENSI BISNES SENDIRI
Orang sering memadang secara remeh apa potensi perniagaan yang dijalankan. Tiada perancangan untuk jangka masa panjang. Semuanya jangka pendek. Walhal, perniagaan tu sebenarnya boleh membesar sehinggakan kita dah tak perlu menjaganya tetapi still boleh dapat hasilnya.

Sebelum memulakan perniagaan, rancang dengan teliti apa yang perlu dibuat dan apa yang kita mahu dari perniagaan itu. Kembangkan sehingga kita dapat wujudkan system supaya ianya menjadi autopilot dan kita boleh buat perniagaan lain.
8. BERNIAGA SEKADAR CUKUP MAKAN
Untuk berniaga, kita perlu think big. Maksudnya, janganlah kita nak meniaga hanya sekadar di pinggiran. Nak berniaga hanya untuk lepaskan hutang-hutang dan hidup selesa. Nak berniaga biar jadi jutawan yang dermawan. Bukan sikit-sikit untuk cari makan.

Untuk jadi jutawan, kita perlu bina perniagaan tu dengan membantu lebih ramai orang untuk menjadi jutawan seperti kita juga. Bayangkan berapa banyak pencen kubur kita boleh dapat dengan hanya menjadi jutawan. Sedekah dan membantu ramai orang di luar sana. Itu halatuju yang sebenarnya.
9. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT/MISI
Perkara ini merupakan perkara pokok yang perlu dititik beratkan. Hadith dari Nabi Muhammad S.A.W: “sesungguhnya setiap amalan itu perlulah dengan niat” – Bukhari. Bila niat dah betul, kita kena setkan apa matlamat atau misi perniagaan kita.

Matlamat yang kita perlu cari ialah untuk berniaga dan membantu lebih ramai usahawan-usahawan berjaya di samping mendapat keredhaan Allah. Kita berniaga biar sampai keakhirat dan boleh membantu kita di sana kelak. In shaa Allah.
Semoga apa yang dikongsikan di atas, sedikit sebanyak boleh membetulkan balik hala tuju serta kiblat kita untuk berniaga. Tiada apa yang saya mahukan melainkan melihat lebih ramai rakan-rakan saya berniaga ke jalan Allah.
Saya masih lagi mahu berbakti dengan anda semua dengan berkongsi rahsia-rahsia dan tips-tips perniagaan, marketing dan sebagainya.
Credit to: http://www.mommyshahab.com/

No comments:
Post a Comment