KELEBIHAN SUSU IBU
Islam menggalakkan para ibu untuk menyusukan anaknya selama 2 tahun dan ia bukan semata-mata untuk suka-suka sahaja sampai 2 tahun . Mengapa? SUSU ibu dapat mendidik akhlak karimah..So ibu pon kena jaga akhlak baca quran smbil mnyusu kerana ia akan mempengaruhi anak. Namun kebanyakan ibu sekarang terpaksa bekerja untuk menampung high living cost sekarang, jadi support suami amatlah penting serta keluarga sekeliling.
Islam menggalakkan para ibu untuk menyusukan anaknya selama 2 tahun dan ia bukan semata-mata untuk suka-suka sahaja sampai 2 tahun . Mengapa? SUSU ibu dapat mendidik akhlak karimah..So ibu pon kena jaga akhlak baca quran smbil mnyusu kerana ia akan mempengaruhi anak. Namun kebanyakan ibu sekarang terpaksa bekerja untuk menampung high living cost sekarang, jadi support suami amatlah penting serta keluarga sekeliling.
Namun
sekarang pelbagai supplement serta pam yang memudahkan usaha ibu2 utk mnyusu
anak sehingga 2 tahun..cume perlu kecekalan dan kesanggupan ibu untuk sacrifice
disamping doa dan tawakkal.
Mengapa
sekarang orang sibuk memperkatakan pennyusuan susu ibu secara ekslusif??? Jom
kita tengok kelebihan susu ibu:
Kelebihan susu ibu
untuk bayi- Penghadaman yang mudah - Susu ibu sempurna, mudah dihadam, dan dapat digunakan dengan cepat oleh tubuh bayi. Bayi yang diberi susu formula atau nestum, sistem pencernaan akan terganggu dimana penyerapannya menjadi perlahan dan sukar dicerna kerana kandungan protein didalam susu tersebut.
- Menggalakkan tumbesaran dan Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)- Kandungan protein dalam susu ibu amat sempurna dan mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan- Susu ibu lengkap dengan nutrisi yang diperlukan bayi. Ada juga ibu yang beri anak air masak. Sebenarnya air masak tidak diperlu oleh bayi sehingga umur 6 bulan. Air kosong merbahaya, mengurangkan nutrisi yang diterima bayi dan meningkatkan risiko jangkitan kuman pada bayi.
- Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak- Wujudnya banyak gula tambahan di dalam susu formula dan keadaan ini sangat merbahaya kepada buah pinggang bayi.
- Kurangkan masalah pergigian dan ortodontik- Susu ibu adalah yang terbaik dan sangat sesuai dengan perkembangan dan tumbesaran bayi dari usia 0 sehingga 2 tahun. Kandungan makanan, gula yang tinggi dan kurang kalsium yang diberi selain dari susu ibu boleh menyebabkan masalah gigi mudah rosak dan reput.
- Mengurangkan risiko kepada alahan- Kandungan susu ibu dapat memberi perlindungan dan menguatkan imun bayi supaya tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit dan alahan-alahan lain.
- Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai- Susu ibu tidak mudah basi, malahan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan susu formula.
- Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)- Susu ibu mengandungi karbohidrat, protein, mineral,natruim, kalsium, magnesium, galaktosa, glukosa dan lain-lain lagi. Kesemua kandungan ini adalah untuk pertumbuhan dan tumbesaran tubuh bayi dari segi iq,tulang, menguatkan imun dan sebagainya.
Kelebihan kepada ibu yang menyusu bayi
1. Mengembalikan berat badan yang ideal (hehe ini betul2 terjadi pada saya)
2. Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan
Ibu yang baru melahirkan digalakkan menyusu anak sekerap mungkin, selain daripada mengecutkan rahim, air susu akan bertambah seiring dengan permintaan bayi anda.
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovary
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
5. Menjimatkan masa dan wang
6. Mudah dan tidak perlu persediaan (boleh menyusu bayi direct dimana saja berada dan tidak perlu menyediakan bakul susu,termos dan sebagainya)
7. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
FB: Najah Shoppe
Text: 013-2854270
Email: najah.bahir@gmail.com
Blog: najahbahir.blogspot.com
No comments:
Post a Comment