Friday, 7 February 2014

CARA-CARA MEMERAH SUSU

Cara-Cara Memerah Susu

Petikan cara-cara memerah susu dari http://www.momschoice.com.my/

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain
1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

credit to: http://whenmayend.blogspot.com



FB: Najah Shoppe
Text: 013-2854270
Email: najah.bahir@gmail.com
Blog: najahbahir.blogspot.com

PETUA MUDAH TAMBAH SUSU

Petua Mudah Tambah Susu



jus

Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.
1.      Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
2.      Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.
3.      Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.
4.      Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,
5.      Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.


KHASIAT TELUR KETIKA HAMIL

Khasiat Telur Ketika Hamil


telur
Memastikan keperluan nutrisi anda mengikut piawaian yang ditetapkan untuk ibu hamil bukanlah terlalu sukar. Pastikan anda faham dan tahu apa makanan yang elok dimakan bagi memastikan keperluan nutrisi anda dicapai sepanjang kehamilan.

Selain memastikan kesihatan dan keperluan zat makanan untuk diri sendiri dipenuhi, anda juga perlu mengambil kira tentang keperluan ‘orang di dalam’. Untuk mendapatkan nutrisi yang baik untuk janin yang dikandung, ibu hamil disarankan mengambil telur dalam diet seharian.

Tahukah anda apa kandungan zat yang terkandung dalam sebutir telur? Sebutir telur ayam dikatakan mengandungi 12 kandungan vitamin dan mineral serta protein yang berkualiti yang bagus untuk kehamilan.

Ibu hamil mesti memastikan keperluan zat proten dipenuhi kerana ia berfungsi dalam pertumbuhan sel-sel pada janin yang membesar dalam kandungan.  Telur juga mempunyai kandungan kolin. Kolin adalah zat yang mampu meningkatkan kesihatan otak dan mencegah kecacatan pada sistem saraf bayi. Selain itu telur juga mempunyai kandungan karbohidrat yang sedikit, iaitu sekitar 90 kalori sahaja. Ini mengurangkan kegemukan dii kalangan wanita hamil.

Jika anda memiliki kadar kolestrol normal sepanjang mengandung, anda boleh makan sekurang-kurangnya satu atau dua butir telur sehari.


FB: Najah Shoppe

Text: 013-2854270

Email: najah.bahir@gmail.com

Blog: najahbahir.blogspot.com

PETUA TAMBAH SUSU BADAN

Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.
20. Set penyusuan Shaklee

Petikan dari: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Lain-lain Amalan
- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.

           "REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"



                                           
FB: Najah Shoppe
Text: 013-2854270
Email: najah.bahir@gmail.com
Blog: najahbahir.blogspot.com

PETUA MUDAH BERSALIN

Petua Mudah Bersalin

kelapa
Semakin menghampiri tarikh bersalin, semakin berdebar hati mama. Kata orang ada macam-macam petua boleh diamalkan untuk memudahkan proses melahirkan anak.

Kebanyakan orang tua-tua mengesyorkan ibu yang sudah genap sembilan bulan mengandung supaya mengamalkan minum air kelapa muda agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci kepala bayi waktu keluar dari vagina ibu.

Amalkan minum air kelapa satu gelas, dua hingga tiga kali dalam masa seminggu apabila semakin mahmpir dengan tarikh bersalin. Ada juga yang memberikan petua agar ibu hamil mengamalkan minum minyak kelapa ketika kandungan berusia enam bulan ke atas. Sebaiknya minyak tersebut hendaklah yang dibuat sendiri.

FB: Najah Shoppe

Text: 013-2854270

Email: najah.bahir@gmail.com

Blog: najahbahir.blogspot.com

SET MENYUSU SHAKLEE.. Milk Booster

SET MENYUSU SHAKLEE.. Milk Booster

Saya nak share pasal set menyusu shaklee ni.. Actually saya involve dlm shaklee ms first hbs pantang..msk keje..keje audit plak slalu klua and susah nak pam byk kali..dpt pam sekali dua je..so stress dan stress susu makin sikit..then..jmp la kwn sy suzie..die la kenalkan ESP utk saya ..alhamdulillah sehari amik susu da mencurah so sy yakinla..next monthnyer melihat hasil sy ingin membeli fullset penyusuan shaklee. so joinla jadi ahli..alhamdulillah result mmberansangkan.. set penyusuan ni membantu jaagan lupa concept supply n demand ..kene pumping sekerap mungkin ok..=)
  

 ESP + ALFALFA +B-COMPLEX+ OSTEMATRIK + VITALEA dan saya tambah LECITHIN untuk buang lemak2 saya ni...huhuhu..
OK..jom baca lebih lanjut mengenai set menyusu shaklee ni;





ESP;

  1. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  2. Memekatkan susu ibu
  3. Sebagai milk booster
  4. Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  5. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  6. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  7. Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.
  8. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  9. Mengawal paras kolesterol.
  10. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  11. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.
Kesimpulannya…
ESP membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.
Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. Kenapa perlu pilih ESP Shaklee? Sebab ESP dijamin bersih & selamat kerana ia non GMO – diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan kualitinya.
Bonusnya kulit gebu, cantik berseri & lebih anjal daripada biasa!






ALFALFA;


Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:

1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).

3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.

4) Membantu membuang angin dalam badan.
5) Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.

6)Melegakan sakit sendi dan belakang

7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint

9)Memberi kelegaan semasa haid

10)Merawat arthitis

11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema

12)Mencuci usus bagi membuang toksik

13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang14)Meneutralkan asid dalam badan

15)Merawat masalah keputihan pada wanita

16)Membesar dan menegangkan payudara17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri

18)Memulihkan urat selepas bersalin
19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

20)Meningkatkan stamina seorang suami

21)Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!!

22)Dan banyak lagi untuk disenaraikan

Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.

AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE








B Compleks - Dikenali sebagai vitamin anti stress dan pemberi ketenangan. Selain itu ia juga dapat membaiki kesihatan urat saraf. Hanya sebiji sehari dapat memberi kelegaan berpanjangan kepada ibu menyusu. Jika anda sentiasa happy dan tenang, susu pun mencurah-curah keluar, in shaa Allah..



OSTEMATRIK

satu biji ostematrik bersamaan segelas susu dan 80 biji badam.
dengan mengamalkan ostematrik ini tiada lagi masalah sembelit,kekejangan otot,simpul biawak dan segala mcm yang berkaitan dengan otot,,,insyaallah,,,,kerana ostematrik ini membekalkan bukan hanya kalsium juga vitamin D yang amat diperlukan oleh tubuh kita bagi membina tulang temulang,,,,
khasiat yang di perolehi jika mengamalkan ostematrik secara konsisten:
~tekanan darah berada di tahap normal.
~melancarkan saraf.
~memberi mood yang baik.
~gigi dan tulang menjadi kuat.

kesan jika kekurangan kalsium:
~kaki dan tangan selalu rasa kebas.
~sering sakit pinggang.
~selalu murung.
~selalu rasa nak marah.
~rasa kejang.
sebab itulah ibu menyusu dan ibu hamil di galakkan mengambil ostematrik ini.anda percaya tak ostematrik ini juga membantu memperbanyakkan susu ibu yang menyusu? hmmm bagi ibu yang menyusu seperti sy sendiri memang ia amat membantu kerana itu ostematrik ini ada di dalam set penyusuan,set kehamilan dan set berpantang.


bila badan segar.tiada masalah kemurungan ia amat membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali sebab itu oste ialah antara vitamin yang dimasukkan ke dalam set 3M....untuk pengetahuan anda! dalam alfalfa juga turut ada kalsium tetapi dalam jumlah yang sedikit.






VITALEA



Penggunaan harian, Vita-Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Siapa yang perlukan Vita-Lea?


Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang. Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan. Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*



LECITHIN

Hari ini saya nak share tentang kebaikan Lecitihin. Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?


  • Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.

  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.

  • Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.


LECITHIN

· Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) – yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
· Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
· Untuk commercial didapati dari telor, jagung & kacang soya
· Fat Emulsifier – Metabolisma lemak 
KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN
 
1. PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
· Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
· Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
· Membantu mengawal paras triglycerides
· Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
· Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
· Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
· Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
· Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin
3. UNTUK KAUM TUA
· Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angina, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
· Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb
4. UNTUK PENGHADAMAN
· Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
5. UNTUK SEL
· Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
· Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
· Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
· Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber
HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
· Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol
· Lecitin daripada telor boleh tetapi tidak bergitu berkesan
MENGAPA SHAKLEE
· Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
· Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
· Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
· Kepekatannya.
- 1 kapsul : 520 mg lecithin
78 mg phosphatidycholine
47 mg phosphatidylinositol

FB: Najah Shoppe
Text: 013-2854270
Email: najah.bahir@gmail.com
Blog: najahbahir.blogspot.com

Thursday, 6 February 2014

KENAPA SUSU IBU BERKURANG?

 Hampir semua ibu yang baru menyusukan bayi akan melalui satu tempoh masa di mana mereka meragui sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak. Apabila ibu-ibu ditanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan anak atau hanya memberi susu badan bagi jangka masa yang pendek, mereka memberikan sebab utama sebagai, "Saya fikirkan bekalan susu saya tidak mencukupi". Sebenarnya, menurut sebilangan besar pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi.

Kebanyakan wanita merasakan bekalan susu mereka adalah rendah walaupun sebenarnya ianya tidak. Kekurangan mungkin ada jika ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting.

Sebenarnya, semua tanda-tanda ini adalah tanda-tanda biasa yang menunjukkan bahawa badan anda sudahpun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi anda. Juga, bayi yang sedang membesar akan memerlukan lebih banyak susu, dan, oleh itu, memang merupakan perkara biasa jika anda meragui sama ada bekalan susu anda memadai. Sesetengah bayi pula lebih cepat dan efisien dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk habis menyusu, dan ini juga boleh menyebabkan anda bimbang yang bekalan susu anda tidak mencukupi.

Mungkin ada masa-masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu yang ke tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya mereka betul-betul memahami proses penyusuan, itu akan membantu mereka mengatasi masalah ini. Hanya kira-kira dua peratus ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya.




Apakah puncanya?
Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif, bayi tidak memperolehi susu yang secukupnya.
Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:
  • mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
  • mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
  • bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
  • terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.
Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka.
Apakah yang perlu saya lakukan?
Pertama, jangan risau sangat tentang bekalan susu anda. Adalah perkara mudah bagi anda mengetahui sama ada bayi anda ada mendapat jumlah susu yang secukupnya atau tidak.
Penambahan berat badan adalah cara terbaik untuk menentukan sama ada bayi anda mendapat susu yang secukupnya. Bayi baru lahir selalunya mengalami penurunan berat kelahiran mereka antara lima hingga 10 peratus semasa beberapa hari pertama, tetapi selepas itu, bayi anda sepatutnya mula menambah berat badannya. Jika bayi ditimbang semula semasa berusia antara seminggu hingga 10 hari, anda akan dapati bahawa dia sudah mula membesar dan bertambah berat badan.
Jika anda menjawab ya bagi soalan-soalan berikut, ini bermakna bayi anda sudah mendapat susu badan yang secukupnya, justeru, anda menghasilkan susu yang mencukupi.
  • Adakah dia kencing lima hingga lapan kali sehari?
  • Adakah dia kelihatan sihat dan aktif?
  • Adakah najisnya berwarna kuning mustard? Najis bayi yang menyusu badan akan bertukar dari warna hijau pekat atau hitam pekat yang dikatakan mekonium, kepada warna kuning mustard pada hari kelima selepas kelahiran. Najis bayi anda: Apa yang normal dan apa yang tidak.
Bacalah artikel kami mengenai tanda-tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda mendapat susu secukupnya untuk maklumat lanjut.
Jika anda merasakan yang anda tidak menghasilkan susu secukupnya seperti yang anda (dan bayi) mahukan, ajarkan bayi anda cara melekap seberapa baik yang boleh. Nasihat khusus dari kaunselor penyusuan boleh anda dapatkan. Mintalah pakar ginekologi, guru antenatal atau doktor keluarga anda untuk mencadangkan kaunselor atau anda juga boleh merujuk sumber direktori organisasi penyusuan kami untuk nasihat.
Untuk meningkatkan bekalan susu anda:
  • Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.
  • Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
  • Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
  • Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.
  • Sesetengah herba (seperti halba) dikatakan boleh menambahkan bekalan susu ibu - ia dikenali sebagai galactagogues, atau perangsang penghasilan susu. Tetapi, tidak terdapat bukti dari mana-mana kajian untuk menyokong penggunaannya. Begitu juga, betik muda dan sup ikan tidak pernah dibuktikan secara saintifik dapat menambah bekalan susu, namun begitu, generasi tua dan pengasuh pantang tradisional Cina (pui yuet) menaruh penuh kepercayaan kepadanya. Anda harus maklum bahawa kebanyakan ahli farmasi dan farmakologi akan menasihatkan anda supaya tidak menggunakan ubatan herba semasa kehamilan dan penyusuan.
Satu kumpulan ubat yang dinamakan antagonis dopamin menyebabkan kesan sampingan iaitu meningkatkan tahap prolaktin dalam darah, iaitu hormon yang berfungsi mencetuskan penghasilan susu dan mengekalkannya pada hari-hari awal. Walau bagaimanapun, kebanyakan ubat ini juga mempunyai kesan sampingan, yang berpotensi untuk menimbulkan masalah lain. Domperidone terkecuali dari ini, dan ianya boleh didapati melalui preskripsi. Kadang-kala, pakar penyusuan mencadangkan ubat ini untuk ibu-ibu jika cara lain untuk meningkatkan bekalan susu tidak menunjukkan kesan yang baik. Walau bagaimanapun, Domperidone bukan diluluskan untuk digunakan untuk tujuan ini dan tidak dinasihatkan sebagai rawatan dalam semua kes yang mana bekalan susu ibu dididapati rendah. Berbincanglah dengan kaunselor penyusuan atau doktor jika anda mahu memperolehi maklumat lanjut. 

Dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran, adalah baik jika anda mengejutkan bayi jika dia mengantuk dan menggalakkan dia untuk menyusu dengan lebih kerap. Ini akan merangsang buah dada anda untuk menghasilkan lebih banyak susu. Jika bayi anda sukar untuk digerakkan atau tidak dapat menyusu dengan baik, cara untuk mengatasi ini ialah dengan memerah keluar susu anda dan menyuap bayi melalui cara lain (cawan, sudu atau botol); keperluan menyusu bayi dipenuhi dan pada masa yang sama ia akan merangsang peningkatan bekalan susu anda.
Walau bagaimanapun, pada hari-hari yang berikutnya, bayi yang penuh terma adalah lebih terjaga dan aktif. Jika bayi anda masih perlu dirangsang untuk menyusu, ini bermakna sama ada dia tidak dapat melekap dengan betul atau dia kurang sihat dan dengan itu, anda sepatutnya menghubungi doktor.
Sesetengah gangguan kesihatan juga boleh menyebabkan bekalan susu yang rendah:
  • tahap tiroid yang rendah (dan kadang-kala tinggi);
  • kehilangan jumlah darah yang banyak semasa bersalin atau selepas itu (bekalan susu anda akan terjejas sehingga anda sembuh);
  • komplikasi disebabkan sebahagian plasenta masih berada dalam rahim; ini akan mengganggu penghasilan susu sehingga ia lepas keluar atau ditarik keluar;
  • ubatan (contohnya kombinasi pil pencegah kehamilan dan ubat selesema dengan dekongestan seperti pseudophedrine) mungkin boleh mengurangkan bekalan susu.
Adakah ini menjejaskan bayi saya?

Ya, jika bayi anda sentiasa memerlukan susu lebih daripada apa yang diperolehinya, dia akan gagal untuk berkembang dengan sempurna. Hubungi doktor anda dan buatlah temu janji dengan segera jika berat badan bayi anda tidak bertambah atau didapati menurun. Selalunya memperbaiki teknik penyusuan ibu boleh menyelesaikan masalah ini, tetapi dalam sesetengah kes, penambahan berat badan yang perlahan adalah petanda masalah kesihatan.
Masihkah saya boleh menyusu?
Ya, terutama sekali jika anda sedang mengalami pengurangan bekalan susu buat sementara waktu. Sebenarnya, memastikan penyusuan yang efektif adalah cara yang paling baik untuk meningkatkan penghasilan susu.



FB: Najah Shoppe
Text: 013-2854270
Email: najah.bahir@gmail.com
Blog: najahbahir.blogspot.com