Showing posts with label TIPS PENYUSUAN SUSU. Show all posts
Showing posts with label TIPS PENYUSUAN SUSU. Show all posts

Friday, 7 February 2014

KELEBIHAN SUSU IBU



KELEBIHAN SUSU IBU 

Islam menggalakkan para ibu untuk menyusukan anaknya selama 2 tahun dan ia bukan semata-mata untuk suka-suka sahaja sampai 2 tahun . Mengapa? SUSU ibu dapat mendidik akhlak karimah..So ibu pon kena jaga akhlak baca quran smbil mnyusu kerana ia akan mempengaruhi anak. Namun kebanyakan ibu sekarang terpaksa bekerja untuk menampung high living cost sekarang, jadi support suami amatlah penting serta keluarga sekeliling.

Namun sekarang pelbagai supplement serta pam yang memudahkan usaha ibu2 utk mnyusu anak sehingga 2 tahun..cume perlu kecekalan dan kesanggupan ibu untuk sacrifice disamping doa dan tawakkal.

Mengapa sekarang orang sibuk memperkatakan pennyusuan susu ibu secara ekslusif??? Jom kita tengok kelebihan susu ibu:
Kelebihan susu ibu untuk bayi
  •       Penghadaman yang mudah - Susu ibu sempurna, mudah dihadam, dan dapat digunakan dengan cepat oleh tubuh bayi. Bayi yang diberi susu formula atau nestum, sistem pencernaan akan terganggu dimana penyerapannya menjadi perlahan dan sukar dicerna kerana kandungan protein didalam susu tersebut.
  •  Menggalakkan tumbesaran dan Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)- Kandungan protein dalam susu ibu amat sempurna dan mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
  • Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan- Susu ibu lengkap dengan nutrisi yang diperlukan bayi. Ada juga ibu yang beri anak air masak. Sebenarnya air masak tidak diperlu oleh bayi sehingga umur 6 bulan. Air kosong merbahaya, mengurangkan nutrisi yang diterima bayi dan meningkatkan risiko jangkitan kuman pada bayi.

  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak- Wujudnya banyak gula tambahan di dalam susu formula dan keadaan ini sangat merbahaya kepada buah pinggang bayi. 

  • Kurangkan masalah pergigian dan ortodontik- Susu ibu adalah yang terbaik dan sangat sesuai dengan perkembangan dan tumbesaran bayi dari usia 0 sehingga 2 tahun. Kandungan makanan, gula yang tinggi dan kurang kalsium yang diberi selain dari susu ibu boleh menyebabkan masalah gigi mudah rosak dan reput.

  •       Mengurangkan risiko kepada alahan- Kandungan susu ibu dapat memberi perlindungan dan menguatkan imun bayi supaya tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit dan alahan-alahan lain.

  •       Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai- Susu ibu tidak mudah basi, malahan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan susu formula.

  •       Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)- Susu ibu mengandungi karbohidrat, protein, mineral,natruim, kalsium, magnesium, galaktosa, glukosa dan lain-lain lagi. Kesemua kandungan ini adalah untuk pertumbuhan dan tumbesaran tubuh bayi dari segi iq,tulang, menguatkan imun dan sebagainya.

Kelebihan kepada ibu yang menyusu bayi
1.      Mengembalikan berat badan yang ideal (hehe ini betul2 terjadi pada saya)
2.      Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan
       Ibu yang baru melahirkan digalakkan menyusu anak sekerap mungkin, selain daripada    mengecutkan rahim, air susu akan bertambah seiring dengan permintaan bayi anda.   

3.      Mengurangkan risiko barah payudara dan ovary
4.      Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
5.      Menjimatkan masa dan wang
6.      Mudah dan tidak perlu persediaan (boleh menyusu bayi direct dimana saja berada dan   tidak perlu menyediakan bakul susu,termos dan sebagainya)
7.      Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.


FB: Najah Shoppe
Text: 013-2854270
Email: najah.bahir@gmail.com
Blog: najahbahir.blogspot.com



PETUA TAMBAH SUSU BADAN

Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.
20. Set penyusuan Shaklee

Petikan dari: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Lain-lain Amalan
- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.

           "REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"



                                           
FB: Najah Shoppe
Text: 013-2854270
Email: najah.bahir@gmail.com
Blog: najahbahir.blogspot.com